Renovation Taman Bangi V – Part 2

August 10, 2016 Leave a comment

Tentunya kami confident dgn kos yg kami beri dan apa yg di perlukan untuk projek seperti ini berjaya. Banyak kerja revival sperti ini yg team kami dah buat. contohnya satu banglo terbiar di Rawang yg telah kami cantekkan.

Kalau sekali tengok kos yg perlu untuk baiki mb lebih RM100k, namun kami telah sempurnakannya dgn kos below 50,000. Yg ini tiada masaalah kena ganti bumbung. Api dan letrik masih berfungsi cuma kena elokkan supply dan piping yg perlu di ganti.

IMG-20160806-WA0037

Pemandangan depan rumah

IMG-20160806-WA0033

Pemandangan belakang rumah

Foto diatas dikongsi oleh tuan rumah setelah penyewa ketiga bebaru ini berpindah semenjak rumah itu telah boleh mula diduduki setelah di renovasi …6 tahun dahulu….

 

Categories: Uncategorized

Kerja Renovation di Bangi V – part 1

August 9, 2016 Leave a comment

Salam Bulan Kemerdekaan . Kali ini team kami menerima cabaran untuk mencantikkan sebuah banglo terbiar yg telah di ignore oleh tuannya buat sekian lama. Sekali tengok nak masuk pun ngeri….namun cabaran tetap akan di teruskan jua.

sebelumrenoIMG-20160604-WA0048

Apalah yg dah bersarang kat dlm tu. Pekerja Kontraktor rumah yg sebelah kiri tu pun menumpang kan kereta dia parking sini.

IMG-20160604-WA0053 IMG-20160604-WA0052

Bumbung hancur disebabkan burung merpati yg menceroboh masuk dan membuat sarang di sini.

IMG-20160604-WA0049 IMG-20160606-WA0029 IMG-20160606-WA0032 IMG-20160606-WA0031

Elektrik pun belum sempat guna langsung.

IMG-20160606-WA0030 IMG-20160606-WA0033    IMG-20160619-WA0061

Jiran sebelah kiri sedang menyiapkan rumah banglo di atas tanah seluar 12000 kakipersegi from scratch.

Pihak tuan rumah pernah tanya kontraktor jirannya itu akan kos yg diperlukan untuk mencantikkan rumah beliau yg dah rosak ini.

Kontraktor tersebut berkata ‘ Ini banglo aa kolang kolang kena keluar RM200,000 balu boleh jadi cantek maciam banglo lain’. Mungkin kerana terkedu dgn angka yg disebut maka kami telah terpilih untuk melaksanakan kerja yg patut agar banglo ini cantik semula. Nak tau berapa kami quote sehingga ia manjadi secantik rupanya sekarang seperti di bawah ini?? ……….Tak sampai pun 1/3 dari kos yg disebut itu.

IMG-20160727-WA0062

Namun kita sentiasa respek sesama kontraktor dan tentu ada sebabnya kenapa kos yg diberinya itu tinggi. Kerja beliau memang sangat berkualiti berdasarkan kpd tertegaknya beberapa buah banglo hasil tangan beliau di kawasan taman itu. Dan beliau mmg tak suka mengguna pakai bahan lama dan plan beliau ialah menukar semua bumbung dgn tetulang steel dan atap baharu. Dan kita tahu dlm kos membuat rumah, bumbung adalah yg terbesar kosnya.

Pendekatan kami ialah mengguna semula apa yg masih baik seperti atap genting yg sedia ada . Dan kami terpaksa melilau mencari stok atap genting yg sama jenis di merata supplier dan akhirnya berjumpa dgn stok gantian tersebut setelah beberapa hari mencarinya kerana ia adalah dari design yg agak lama. ……kita sambung nanti

Categories: Uncategorized

Renovation 1 Taman Ametis Dengkil

March 7, 2013 2 comments

20130122a

20130122b

 

 

 

Buat masa ini ada 3 renovation di Taman Ametis Dengkil yang kami sedang buat. Rumah pertama iaitu rumah En. H telah pun siap dan telah 2 bulan diduduki . Renovation melibatkan bahagian depan , dalam dan belakang iaitu bahagian dapur.

Taman Ametis mempunyai rumah yang panjang bahaian depan lamannya. Cadangan rekabentuk extension untuk bumbung letak kereta telah akhirnya dipersetujui dan hasilnya amat menarik. Kerana itu tidak hairanlah beberapa rumah yang berdekatan juga mengambil konsep rekabentuk yang serupa.

Categories: Uncategorized Tags: ,

Another renovation at Jln 8 , Taman Putra Perdana

October 10, 2012 Leave a comment

As a rule of thumb , mana – mana extension yang melebihi 10 kaki kami akan beri strong suggestion untuk tanam concrete piling agar rumah tersebut lebih stabil dan tidak retak. Rumah yg satu ini telah ditanam banyak piling kerana besarnya extension yg di buat dan tuan rumah telah sanggup membelanjakan lebih kurang RM10 ribu untuk kerja-kerja concrete  piling.

Apa yang penting adalah keamanan dari kesan retak yg ketara selepas pembinaan siap demi keselesaan jangka panjang.

Apa akan jadi kalau tidak buat piling. ?

Kalau besi wayar konkrit baru tidak di sambung cangkuk ke besi pada bahagian lama maka pasti keretakan besar akan berlaku antara sambungan baru dan sambungan lama. Jika anda membuat kerja renovasi PASTIKAN kontraktor anda membuat sambung cangkuk besi wayar konkrit baru ke bahagian yang lama. Kalau extension sekitar 5 kaki , struktur bangunan lama (the whole row of rumah teres tersebut) masih boleh menampung berat  extension tersebut. Tapi kalau extension yg lebih besar maka piling bakau di galakkan dan jika lebih 10 kaki piling concrete diperlukan.

Tanpa piling, beban berat bangunan baru akan menarik struktur bangunan lama dan jika anda duduk di CLUSTER house yg berkongsi 4 rumah maka rumah yg bersetentangan yg langsung tidak buat extension akan ter jongkit sedikit, tandanya ialah kaki lima rumah terpisah dengan longkang dan terdapat lubang bawah konkrit kaki lima tersebut, lantas boleh menjadi sarang biawak atau makhluk lain.

Or worse case the whole row being drag  slowly but surely, mula kelihatan agak sengat dan paling ketara ialah setiap rumah jiran akan kelihatan retak disana-sini.

Oleh itu , sayangilah kejiranan anda. Pastikan kita mengambil kira kepentingan dan keselesaan mereka juga.

Project Rumah Jln 8 yg telah disiapkan dulu bersetentangan dengan projek yg terkini.

2 and half storey make over Jln 7, Taman Putra Perdana

October 9, 2012 Leave a comment

Those clusters in Jln. 7 Putra Perdana has such a flexible home design that it can be converted to 2 and half storey by adding an additional attic. This can be done at lower cost due to the fact the ceiling had been made up close by the developer to the roof giving ample space for an attic.

Naik tiang dan ikat batu di Jln 8

March 2, 2012 Leave a comment

Selepas foundation di buat , barulah masuk proses naik tiang dan ikat batu. Sewaktu piling jiran-jiran bersebelahan telah di beri maklum supaya menurunkan barang kaca yg tergantung dan sebagainya kerana ditakuti gegaran piling akan memberi kesan. Tapi nampaknya tanah disini agak lembut cuma for the last 1 meter sahaja baru memerlukan hentakan yg agak kuat untuk membenam piling.Untuk rumah ini walaupun jiran belakang telah extend dan mempunyai dinding yg boleh dikongsi, kami syorkan buat dinding sendiri atas foundation baru adalah lebih baik.

Simen dari Lori siput untuk slab

Tiang Roman didepan rumah untuk porch

Simen slab diangkut dengan crane

 

Categories: PP8 Tags:

Bakau Piling at Jln. PP 8

March 1, 2012 Leave a comment

For long term stability , it is good to put in Bakau piling for single storey foundation especially when it involves a reclamation land from ex-lombong. This will avoid most visible cracks during the first few months after renovation while the structure and the ground stabilized.

JCB prepares the ground

JCB for bakau piling

Bakau piling setelah ditanam

Categories: piling, PP8 Tags: